Selasa, 6 Mei 2014

Hang Tuah

Filem 'Hang Tuah'

Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti bangsa Melayu tidak akan punah di bumi ini.

Sinopsis :

Hang Tuah (P.Ramlee), Hang Jebat (Ahmad Mahmud), Hang Kasturi (Nordin Ahmad), Hang Lekir (S.Shamsuddin) dan Hang Lekiu (Aziz Sattar) telah pergi menuntut ilmu persilatan di Gunung Ledang dengan Adi Putera. Di sana orang-orang asli mendiami sekeliling tempat Adi Putera. Termasuklah Melur (Saadiah) yang menjadi pembantu kepada Adi Putera. Melur telah jatuh cinta dengan Hang Tuah.

Setelah selesai menuntut, mereka lima bersaudara pulang ke kota Melaka. Suatu hari, mereka telah menyelamatkan Dato' Bendahara (Daeng Idris) daripada amukan orang yang menggila. Melihat kejadian itu, Dato' Bendahara menjemput Hang Tuah lima bersaudara ke rumah Dato' Bendahara. Diraikan dan diberikan sepersalinan pakaian.

Berita ini telah sampai ke telinga baginda Sultan Melaka (Haji Mahadi). Baginda telah menitahkan agar mereka mengadap. Setelah itu mereka telah dilantik menjadi hulubalang Melaka dan mengiringi baginda Sultan ke mana saja.
Kemudian baginda Sultan telah berangkat ke Majapahit untuk berkahwin dengan Raden Mas. Di sana Hang Tuah menjulang nama pahlawan Melayu dengan pengalahkan Taming Sari, pahlawan Majapahit. Sebagai anugerah Raja Majapahit kepada Hang Tuah, keris pahlawannya diserahkan kepada Hang Tuah.
Sekembalinya dari Majapahit, Hang Tuah menjalankan satu misi rahsianya ke Pahang untuk mengambil Tun Teja (Zaiton) untuk dipersembahkan kepada baginda Sultan. Hang Tuah melakukannya setelah mendengar hasrat hati baginda Sultan untuk memperisterikan Tun Teja.

Kedatangan Hang Tuah ke Pahang disambut dengan gembira oleh bendahara Pahang. Ini kerena kemasyhuran Hang Tuah sudah tersebar serantau negeri. Dengan segala ilmu dan helah yang digunakan, Tun Teja mula diperdaya.
Namun akhirnya Hang Tuah sendiri terperangkap. Terperangkap dengan cintanya. Mula terpikat dengan keayuan Tun Teja, tetapi hatinya pula masih teringatkan Melur. Jati dirinya yang setia kepada sultan, terpaksa Hang Tuah menolak semuanya ke tepi. "Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra, sejati dan mulia".

Semasa ketiadaan Hang Tuah, Melur telah ke Melaka untuk mencari Hang Tuah. Namun Melur telah ditahan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Wijaya. Melur kemudiannya dijadikan dayang istana.
Hang Jebat yang mengetahu hal ini merasa tersinggung diatas kejadian itu. Sekembalinya Hang Tuah, disampaikannya khabar ini kepada Hang Tuah. Tetapi ketaatan Hang Tuah kepada baginda Sultan tidak dapat menandingi kasih sayangnya kepada Melur.

Namun begitu, Hang Tuah telah menemui Melur. Pertemuan itu telah digunakan oleh Tun Ali dan Patih Karma Wijaya sebagai peluang untuk menjatuhkan Hang Tuah. Baginda Sultan telah melihat kejadian itu. Hang Tuah dihukum bunuh dan Dato' Bendahara dititahkan untuk melaksanakannya. Oleh kerana terlalu sayangnya Dato' Bendahara kepada Hang Tuah, Dato' Bendahara telah menyembunyikannya.
Hang Jebat tahu Hang Tuah dianiaya. Dia yang menggantikan tempat Hang Tuah membuat onar di istana. Baginda Sultan terpaksa keluar dari istana dan menyatakan kekesalannya kerana menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah.
Dato' Bendahara mempersembahkan sembah derhaka. Hang Tuah diberitakan masih hidup kepada baginda Sultan. Hang Tuah dikembalikan. Kerisnya diminta semula. Tetapi sudah diserahkan kepada Hang Jebat. Hang Tuah terpaksa akur denga keris yang diberikan oleh baginda Sultan.

Dengan semangat yang ada, Hang Tuah pergi menentang Hang Jebat. Mereka membuat perhitungan. Pertarungan yang hebat tercetus. Sambil bermain senjata mereka berbicara. Akhirnya Hang Jebat mati di tangan Hang Tuah.
Hang Tuah diraikan dan dilantik menjadi Laksamana Melaka. Tetapi hatinya tidak tenang."Siapakah yang benar? Jebatkah benar? Atapun akukah yang benar?"
Kesetiaan ada batasan. Selidiklah dahulu sebelum membuat keputusan. Keputusan yang baik tidak akan memberi kesukaran. Jika ianya dibuat atas nama kebenaran. [TAMAT]



http://seniman-pramlee.tripod.com/sekapursirih.html



Pengarah : 

Phani Majumdar


Pengarang :

 MC ff. Sheppard (cerita)

Phani Majumdar (lakon layar)            

Buyong Adil (dialog)            

Jamil Sulong (dialog)

Pelakon : 

1.  P Ramlee (Hang Tuah) 
      Festival Filem Antarabangsa Berlin 1957 –  Terpilih                           untuk Tayangan - Hang Tuah
2.  Saadiah(Melor)       

      Pelakon Wanita Terbaik - Pilihan Majalah Filem 1957 -                     "Hang Tuah"
3.  Ahmad Mahmud (Hang Jebat)
4.  Zaiton (Tun Teja)
5.  Haji Mahadi (Sultan Melaka)
6.  Daeng Idris (Dato' Bendahara)
7.  Yusof Latiff (Tun Mat)
8.  Nordin Ahmad (Hang Kasturi)
9.  S. Shamsuddin (Hang Lekir)

10. Aziz Satar (Hang Lekiu)
11. Hashim Nur (Adiputra)




LATAR BELAKANG

Filem Hang Tuah ditayangkan pada 28 Januari 1956 merupakan filem  Malayu pertama yang berwarna dan dilakonkan oleh P. Ramlee sebagai Hang Tuah. Filem ini yang berasaskan kepada Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ialah filem mengenai Hang Tuah yang paling berkesan dan tidak lari daripada cerita asal. Projek gergasi ini telah dibintagi hampir kesemua seniman dan seniwati ketika itu.



Alasan Filem Dibuat 

Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah cerita hikayat Melayu yang menggambarkan dengan terperinci keadaan semasa sewaktu tersebut. Hikayat Hang Tuah telah disifatkan oleh pengkaji sebagai menggambarkan tiga zaman yang ditempuhi oleh bangsa Melayu iaitu zaman permulaan, zaman kegemilangan, dan zaman kejatuhannya.
Masalah ini bukannya satu masalah yang besar dan merupakan satu perkara biasa bagi tokoh silam, sama seperti permasalahan tokoh Raja Arthur atau, tokoh Robin Hood dalam legenda Inggeris.

Pencapaian 

Festival Filem Asia Pasifik ke-3, 1956 (Hong Kong) 
Penggubah Lagu Terbaik - P. Ramlee

Isnin, 5 Mei 2014

Lagu: Getaran Jiwa

Pengubah Lagu 'Getaran Jiwa', P. Ramlee

Huraian Mengenai P. Ramlee



Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee (dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Pelakon Utama Lelaki Terbaik (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Anugerah Yang Paling Serba Boleh (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.

Latar Belakang P. Ramlee


Beliau telah dilahirkan pada 22 Mac 1929, iaitu selepas khutbah selesai pada pagi Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang. Beliau adalah anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967)..

P. Ramlee mempunyai seorang adik-beradik tiri melalui perkahwinan pertama ibunya, iaitu Syeikh Ali. Ibunya meninggal akibat penyakit barah gusi, ketika P. Ramlee dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang.  Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampong Jawa dan kemudian di Sekolah Francis Light sehingga darjah lima.  Seterusnya beliau melanjutkan pula pengajiannya ke Penang Free School.  
             

 Ketika pendudukan Jepun di Malaya, P Ramlee terpaksa berhenti sekolah.  Demi mencari rezeki beliau sanggup bekerja sebagai budak pejabat di sebuah kilang timah.  
                
Apabila perang dunia kedua tamat, P Ramlee dapat meneruskan kembali pelajarannya di Penang Free School, sehingga darjah tujuh.  Di sekolah, P Ramlee aktif bersukan dan gemar bermain bolesepak dan sepak raga.  Malah pada 1939, beliau pernah memantapkan barisan pasukan bolasepak Penang Free School.

Penulis Lirik 'Getaran Jiwa' S. Sudarmaji

Butiran Mengenai Penulis Lirik, S. Sudarmaji


Syed Sudarmaji bin Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai S. Sudarmaji dilahirkan pada 19 Jun 1923 di sebuah daerah di Jogjakarta, Indonesia. Allahyarham merupakan seorang seniman yang berbakat, selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pengarah filem, penulis lirik, penulis skrip dan guru tarian. Sebagai penulis lirik, Allahyarham dikatakan telah menghasilkan lebih kurang 128 buah lirik lagu, antara yang popular ialah Getaran Jiwa, Jeritan Batinku, Bunga Melor dan Rukun Islam Lima Perkara.
Kedudukan Sudarmaji cukup penting dalam karier P. Ramlee di zaman kegemilangannya di Singapura. Antara yang membuatkan lagu-lagu P. Ramlee diingati ialah lirik dan selepas itu melodinya.
Sudarmaji antara mereka yang banyak menghasilkan lirik untuk dinyanyikan oleh P. Ramlee bukan sekadar mencari suku kata untuk melodi yang diberikan oleh P. Ramlee.

Sebab-sebab lagu 'Getaran Jiwa' ditulis


Lagu Getaran Jiwa misalnya yang dipetik dari filem Antara Dua Darjat adalah pengalaman peribadi P. Ramlee yang pinangannya ditolak kerana berada dalam 'kasta' berbeza.
Muzik telah menjadi sebahagian daripada medium P. Ramlee berhubung dengan khalayaknya. Lalu tidak hairanlah kalau ada beberapa filem yang mengangkat watak pemuzik yang ditolak oleh sistem sosial ketika itu.
Dalam konteks tempatan, Getaran Jiwa adalah lagu kebangsaan yang selalu diperdengarkan kepada tetamu dari luar. Malah ia menjadi lebih patriotik daripada Negaraku yang tidak mewakili Malaysia di luar negara.

Pengaruh 'Getaran Jiwa' terhadap masyarakat


Walaupun lagu Getaran Jiwa tidak memenangi sebarang anugerah, ia telah mencapai taraf "malar hijau" sehingga ramai artis lain yang merakam semula lagu ini dalam pelbagai bentuk, dari dahulu hingga kini.

Lagu: Balik Kampung

Penyayi lagu 'Balik Kampung' Sudirman Arshad

Latar Belakang Sudirman Arshad

Sudirman dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 25 Mei 1954. Ibunya meninggal pada usia 32 tahun ketika Sudirman masih berusia lima tahun akibat kanser.Sudirman adalah anak bungsu dari enam adik-bradiknya. Ia telah aktif bernyanyi dari semasa kecil, dan di sekolahnya ia memasuki pertandingan syair, pidato, pantun, kuis, dan terlibat dalam pertunjukan teater dan paduan suara sekolah. Beliau mulai bersekolah pada tahun 1961, dan pada tahun 1976 ia melanjutkan perguruan tingginya di Universitas Malaya, Kuala Lumpur. Sudirman mulai mencatat namanya sebagai penyanyi ketika ia merebut gelar Bintang RTM yang diadakan di Melaka pada 10 Ogos 1976.

Huraian Mengenai Sudirman Arshad

Nama Sudirman sebagai penghibur rakyat yang berwawasan terus subur di hati para peminat. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia.

Lagu: Balik Kampung


Penulis lirik dan Pengubah Lagu: Sudirman Arshad




Sebab-sebab lagu 'Balik Kampung' ditulis



Lagu "Balik Kampung" merupakan suatu kemestian bagi para perantau yang berpusu-pusu pulang ke kampung pada setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.



Menurut bekas pengurus Sudirman, Daniel Kannan, penyanyi itu mendapat inspirasi untuk menulis sesuatu yang kebanyakan orang boleh mengaitkan pada masa itu.


Sudirman sedar bahawa ramai orang yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung untuk bekerja dan akhirnya, menetap di bandar. Dia mahu menyanyikan keseronokan dan keghairahan yang mereka merasakan apabila pulang ke kampung.

Anugerah

Lagu 'Balik Kampung' dipilih sebagai lagu Malaysia yang terbaik oleh pembaca Star Online, 2013

Filem Bukit Kepong


Filem ini terus dipanjangkan lagi oleh pemerintah hari ini dan terus dipropagandakan dengan filem Jins Samsudin “Bukit Kepong”.

Sinopsis

Bukit Kepong telah dihasilkan berdasarkan insiden tragis dalam sejarah Malaysia semasa pemberontakan komunis. Kejadian itu berlaku di di Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 23 Februari 1950.

Filem ini bermula dengan ketibaan sarjan polis baru, Sarjan Jamil di Balai Polis Bukit Kepong yang telah dijalankan oleh 18 anggota polis. Bukit Kepong agak jauh dan terletak jauh dari jalan utama menjadikannya sasaran yang mudah untuk serangan komunis.

Pada hari itu, komunis menyerang balai polis. Pada mulanya, kira-kira 200 komunis, dianggap kemenangan awal. Walau bagaimanapun , polis berani berjaya mempertahankan stesen selama enam jam. Penduduk kampung dari kampung-kampung berdekatan cuba membantu tetapi komunis mengambil kawalan ke atas semua laluan utama ke balai polis . Akhirnya, setelah perjuangan yang telah mengambil banyak masa, balai polis telah pun ditangkap dan dibakar oleh komunis. Ramai anggota polis dan keluarga mereka dibunuh, termasuk Sarjan Jamil. Walaupun stesen itu musnah dalam kebakaran , tindakan berani anggota polis tersebut diingati sehingga hari ini.

Pengarah: Jins Shamsuddin






Barisan pelakon-pelakon:


1.       Jins Shamsuddin sebagai Sarjen Jamil Md Shah
2.       A. Rahim sebagai L/Kpl Jidin
3.       Hussein Abu Hassan sebagai MM Osman Yusoff
4.       Yusof Haslam sebagai MM Jaffar Hassan
5.       Dali Abdullah sebagai MM Mohd Jaffar
6.       Samsudin Baslah sebagai MM Kadir Jusoff
7.       JA Halim sebagai MM/T Mohd Tap
8.       Hisham Ihsan sebagai Penghulu Ali
9.       Mohd Noor Bon sebagai A/P Ali Akob

10.   Harun Ibrahim sebagai A/P Samad Yatim

Latar Belakang Filem


Filem Bukit Kepong merupakan kisah yang diambil daripada kisah sebenar Serangan komunis di Bukit Kepong. Filem ini diarah oleh Jins Shamsuddin dan memenangi Filem Terbaik dalam Pesta Filem Malaysia ke-3, 1982. Ia diterbitkan oleh syarikat Jins Shamsudin Productions.

Pengarah filem 'Bukit Kepong' Jins Shamsuddin

Tan Sri Jins Shamsuddin (lahir 5 November 1935) merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '60-an dan '70-an.

Beliau pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970-1972 dan menerima diploma dengan Kepujian Kelas Pertama. 1999, menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Universiti Sains Malaysia.

Pada 24 Mac 2010, Jins Shamsuddin menerima Ijazah doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena konvokesyen ke-23 UUM. Isteri beliau yang pertama ia-lah artis Shaw Bros. yang terkenal, Rahmah Rahmat dan mendapat seorang anak yang bernama Jeffri Zain.


Sebab filem dihasilkan


Salah satu tujuan pengeluaran Bukit Kepong adalah untuk meningkatkan imej dan moral Polis Diraja Malaysia. Ia juga untuk anggota polis yang telah memberanikan diri untuk mempertahankan balai polis dengan nyawa mereka tersendiri. Ia juga melambangkan perjuangan bangsa untuk kemerdekaan.

Pencapaian filem 'Bukit Kepong'

Festival Filem Malaysia ke-3, 1982
    1. Filem Terbaik (FFM)
    2. Pengarah Terbaik (FFM)- Jins Shamsudin
    3. Jurukamera Terbaik - S. Mohan
    4. Penataan Seni Terbaik - Yusoff Ariffin
    5. Penataan Bunyi Terbaik - Peter Lim & Zulkifli Salleh
    6. Pelakon Harapan Wanita - Suhaina Yahya
    7. Anugerah Khas Juri - Adaptasi peristiwa sejarah