Pengubah Lagu 'Getaran Jiwa', P. Ramlee |
Huraian Mengenai P. Ramlee
Tan Sri
Datuk Amar Dr. P. Ramlee
(dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin
Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung
Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya
di rantau Asia Tenggara.
Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Pelakon Utama
Lelaki Terbaik (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Anugerah Yang Paling Serba Boleh (Festival
Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu
dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.
Latar Belakang P. Ramlee
Beliau telah dilahirkan
pada 22 Mac 1929, iaitu selepas khutbah selesai pada pagi Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang. Beliau adalah anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin
Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967)..
P. Ramlee mempunyai seorang adik-beradik tiri melalui
perkahwinan pertama ibunya, iaitu Syeikh Ali. Ibunya meninggal akibat penyakit barah gusi,
ketika P. Ramlee dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan
awalnya di Sekolah Melayu Kampong Jawa dan kemudian di Sekolah Francis Light
sehingga darjah lima. Seterusnya
beliau melanjutkan pula pengajiannya ke Penang Free School.
Ketika pendudukan Jepun di
Malaya, P Ramlee terpaksa berhenti sekolah. Demi
mencari rezeki beliau sanggup bekerja sebagai budak pejabat di sebuah kilang
timah.
Apabila
perang dunia kedua tamat, P Ramlee dapat meneruskan kembali pelajarannya di
Penang Free School, sehingga darjah tujuh. Di
sekolah, P Ramlee aktif bersukan dan gemar bermain bolesepak dan sepak raga. Malah pada 1939, beliau
pernah memantapkan barisan pasukan bolasepak Penang Free School.
Penulis Lirik 'Getaran Jiwa' S. Sudarmaji |
Butiran Mengenai Penulis Lirik, S. Sudarmaji
Syed Sudarmaji bin Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai S. Sudarmaji
dilahirkan pada 19 Jun 1923 di sebuah daerah di Jogjakarta, Indonesia. Allahyarham merupakan seorang seniman yang berbakat,
selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pengarah filem, penulis lirik,
penulis skrip dan guru tarian. Sebagai penulis lirik, Allahyarham dikatakan
telah menghasilkan lebih kurang 128 buah lirik lagu, antara yang popular ialah
Getaran Jiwa, Jeritan Batinku, Bunga Melor dan Rukun Islam Lima Perkara.
Kedudukan
Sudarmaji cukup penting dalam karier P. Ramlee di zaman kegemilangannya di
Singapura. Antara yang membuatkan lagu-lagu P. Ramlee diingati ialah lirik dan
selepas itu melodinya.
Sudarmaji
antara mereka yang banyak menghasilkan lirik untuk dinyanyikan oleh P. Ramlee
bukan sekadar mencari suku kata untuk melodi yang diberikan oleh P. Ramlee.
Sebab-sebab lagu 'Getaran Jiwa' ditulis
Lagu Getaran Jiwa misalnya yang
dipetik dari filem Antara Dua Darjat adalah pengalaman peribadi P.
Ramlee yang pinangannya ditolak kerana berada dalam 'kasta' berbeza.
Muzik telah menjadi sebahagian daripada
medium P. Ramlee berhubung dengan khalayaknya. Lalu tidak hairanlah kalau ada
beberapa filem yang mengangkat watak pemuzik yang ditolak oleh sistem sosial
ketika itu.
Dalam konteks tempatan, Getaran Jiwa
adalah lagu kebangsaan yang selalu diperdengarkan kepada tetamu dari luar.
Malah ia menjadi lebih patriotik daripada Negaraku yang tidak mewakili
Malaysia di luar negara.
Pengaruh 'Getaran Jiwa' terhadap masyarakat
Walaupun
lagu Getaran Jiwa tidak memenangi sebarang anugerah, ia telah
mencapai taraf "malar hijau" sehingga ramai artis lain yang merakam
semula lagu ini dalam pelbagai bentuk, dari dahulu hingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan