Penyayi lagu 'Balik Kampung' Sudirman Arshad |
Latar Belakang Sudirman Arshad
Sudirman
dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 25 Mei 1954. Ibunya meninggal pada usia 32 tahun
ketika Sudirman masih berusia lima tahun akibat kanser.Sudirman adalah anak
bungsu dari enam adik-bradiknya. Ia telah aktif bernyanyi dari semasa kecil, dan di
sekolahnya ia memasuki pertandingan syair, pidato, pantun, kuis, dan terlibat
dalam pertunjukan teater dan paduan suara sekolah. Beliau mulai bersekolah pada tahun 1961, dan
pada tahun 1976 ia melanjutkan perguruan tingginya di Universitas Malaya, Kuala
Lumpur. Sudirman mulai mencatat namanya sebagai penyanyi ketika ia merebut
gelar Bintang RTM yang diadakan di Melaka pada 10 Ogos 1976.
Huraian Mengenai Sudirman Arshad
Nama Sudirman sebagai penghibur rakyat yang berwawasan
terus subur di hati para peminat. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan
kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia.
Lagu: Balik Kampung
Penulis lirik dan Pengubah Lagu: Sudirman Arshad
Sebab-sebab lagu 'Balik Kampung' ditulis
Lagu "Balik
Kampung" merupakan suatu kemestian bagi para perantau yang berpusu-pusu
pulang ke kampung pada setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah
pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.
Menurut bekas
pengurus Sudirman, Daniel Kannan, penyanyi itu mendapat inspirasi untuk menulis
sesuatu yang kebanyakan orang boleh mengaitkan pada masa itu.
Sudirman sedar
bahawa ramai orang yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung untuk bekerja dan
akhirnya, menetap di bandar. Dia mahu menyanyikan keseronokan dan keghairahan
yang mereka merasakan apabila pulang ke kampung.
Anugerah
Lagu 'Balik Kampung' dipilih sebagai lagu Malaysia yang terbaik oleh pembaca Star Online, 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan